Penerbitan Descendants of the Sun

Navagio di Zakynthos, Greece merupakan salah satu lokasi penggambaran.

Descendants of the Sun disiapkan sepenuhnya sebelum penyiaran berbeza dengan format penerbitan penggambaran langsung seperti kebanyakan drama Korea yang lain.[4] Drama ini merupakan projek pertama Song Joong-ki selepas berkhidmat selama dua tahun dalam perkhidmatan mandatori tentera.[5] Penerbitan drama ini menelan belanja 13 bilion won (lebih kurang $10.8 juta).[6]

Pada 12 Jun 2015, Song Joong-ki dan Song Hye-kyo menjalani penggambaran babak pertama mereka di Seoul.[7] Pada 28 September 2015, keseluruhan barisan pelakon dan kru (termasuk empat pelakon utama, Song Joong-ki, Song Hye-kyo, Jin Goo, Kim Ji-won serta pelakon pembantu Kang Shin-il dan Onew) berlepas ke Greece untuk penggambaran.[8] Mereka menetap di negara ini sekurang-kurangnya sebulan untuk menjalani penggambaran.[9][10] Menurut portal berita dan blog Greece, penggambaran kebanyakannya mengambil tempat di Zakynthos, Arachova dan Lemnos.[11] Lokasi drama ini mendapat inspirasi dari negara Iraq tetapi namanya ditukar kepada Uruk bagi mengelakkan konflik diplomatik.[12]

Pada 25 November 2015, telah diumumkan bahawa Song Joong-ki mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran babak aksi pada 23 November.[13] Selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa Song juga mengalami kecederaan ligamen rosak lutut kanannya selain daripada keretakan lengan. Penggambaran diteruskan bersama pelakon lain dan babak yang tidak memerlukan kehadiran Song. Pada 7 Disember 2015, Song Joong-ki kembali menjalani penggambaran hanya dua minggu selepas mengalami kecederaan dan dilihat menjalani penggambaran di Seoul.[14][15] Kru selesai menjalani penggambaran pada 30 Disember 2015.[16]

Rujukan

WikiPedia: Descendants of the Sun http://www.allkpop.com/article/2015/06/song-joong-... http://news.asiaone.com/news/showbiz/chinese-love-... http://atimes.com/2016/04/descendants-of-the-sun-s... http://www.dramafever.com/news/song-joong-ki-retur... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/A... http://isplus.live.joins.com/news/article/article.... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2015... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2016... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2016... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20160106001...